7 Sunnah Hebat Menjemput Rezeki

1. Tahajjud. Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. InshaAllah dengan amalan Tahajud, niat dan doa mudah termakbul serta menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, bila kita memberi (sedekah), Allah akan memberi 'pulangan' yang berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan berasa yang dia sedang dalam solat walaupun dia belum bersolat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7. Amalkan istighfar selalu.






Kisah Silam Bukan Untuk Diungkit

Manusia ni pelik, masing-masing ada ragam sendiri. Ada yang suka sangat nak tahu hal orang. Ada juga yang ambil serius dengan apa yang orang kata. Tak kurang juga dengan orang yang suka dengki dengan orang. Kenapa perlu dengki sedangkan kita sendiri punya kelebihan masing-masing. Cakap mengenai kisah silam dan masa depan. Orang kata kita harus belajar dari kisah silam, sebab kisah silam merupakan guru yang terbaik. Betul, kita perlu belajar dari kisah silam tapi bukan hidup dengan kisah silam. Kalau kita hidup dengan kisah silam, jawabnya memang tak kemana lah kehidupan kita.



Setiap manusia punya cerita tersendiri, kisah tersendiri. Ada cerita yang sedih dan ada juga yang gembira. Namun ada formula untuk terus maju. Lupakan semua yang pernah berlaku masa dahulu. Contohnya kaki botol yang dah bertaubat tapi masih lagi hidup dalam bayangan masa silam. Jangan pernah sesekali pandang kebelakang kalau kita nak maju ke hadapan. Jika kaki botol ini masih lagi hidup dalam kisah silamnya, pasti dia akan sentiasa mengungkit kesilapannya dahulu. Buat pengetahuan semua, tak ada orang yang nak dengar kisah silam kita yang teruk itu. Orang ramai nak dengar kisah silam kita yang gembira kini.

Sejarah dan kisah silam penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan, tidak lebih daripada itu. Dan juga perumpaan memandu kereta dan cermin sisi tu. Cermin sisi itu ibarat sejarahlah yang perlu kita lihat sesekali ketika memandu. Untuk memastikan pemanduan kita selamat. Tapi kalau dok asyik pandang cermin sisi je tak pandang depan, alamatnya aksidenlah, kan? Jadi, apa perlu di kenangkan kisah silamnya. Jadikan ianya sebagai panduan sahaja.

Untuk apa kita hidup dengan kisah silam yang pahit sekiranya kita boleh dapatkan kehidupan masa depan yang manis. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang ingin bertaubat.

Bagi sesiapa yang suka mengungkit kisah silam orang lain, sedarlah bahawa apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga. Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.
Begitulah juga dengan kita. Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia. Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri. Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia. Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.


Pengganggu Rumahtangga Kawan kepada Iblis Dasim

Hari ni, kita boleh lihat dimana terlalu ramai, baik lelaki atau perempuan yang suka mengganggu keharmonian rumahtangga pasangan yang telah berkahwin. Kadang-kadang, sehingga berlakunya penceraian akibat angkara mereka.  Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga.


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman dalam satu kenyataan mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang. Walaupun orang ketiga bukan punca utama perceraian, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan. Perbuatan memecah-belah atau menjadi dalang punca berlakunya perceraian sebenarnya adalah perbuatan dosa dan maksiat serta boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jenayah syariah. 

Perbuatan memutuskan silaturahim sesama Muslim adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila Islam muncul, Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru, menyeru manusia supaya menjaga silaturahim. Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biak lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa', ayat 1) Allah menyeru seluruh umat manusia tanpa memandang agama, suku, ras, warna kulit, bangsa atau keturunan, supaya bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Allah menciptakan manusia dari ayahanda dan bonda yang satu, iaitu Nabi Adam dan Hawa, maka Allah menyeru manusia untuk menyambung silaturahim serta dilarang memutuskannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu, dan bertakwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat-Nya." - (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Tindakan memutuskan silaturahim antara suami isteri diperuntukkan sebagai suatu kesalahan jenayah. Walau apa pun, hukum syarak sudah jelas dan undang-undang termaktub. Orang yang menjadi dalang permusuhan dalam rumah tangga ini sebenarnya adalah rakan kepada iblis yang digelar Iblis Dasim, tugasnya mempengaruhi, menggoda, mendorong suami isteri supaya melakukan penyelewengan, akhirnya berlaku perceraian. Apabila berlaku perceraian, maka akan mudah bagi iblis Dasim mengajak suami isteri tadi melakukan kemaksiatan, seperti zina dan khalwat. Iblis Dasim sangat benci kepada rumah tangga yang rukun dan bahagia.

Sesungguhnya al-Quran sudah memberi amaran kepada kaum Muslimin supaya jangan mengikuti langkah Iblis menyesatkan melalui firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." - (Surah al-An'am, ayat 142)



Oleh: Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia




Perasan Bagus?

Hanya sebab satu silap yang dilakukan oleh orang lain, kita dah mula rasa, ish dia ni tak patut buat macam ni, dan rasa respect kita padanya mula berkurangan. Atau mungkin juga kita mula mengata dan berkongsi cerita mengenai satu kesilapan yang telah dilakukan orang tersebut... 




Hakikatnya... Adakah kita merasa kita lebih baik daripada dia yang hanya melakukan SATU kesalahan kepada kita? Kita tidak berhak merendahkan maruahnya kerana kalau Allah menginginkan dia jadi lebih baik daripada kita, sekelip mata sahaja. Kun Fayakun. Kecualilah memang kesalahan yang besar seperti syirik. Itupun perlu menasihatinya dahulu. Bukan mencacinya dan  "berasa aku lebih baik" serta jangan pernah anda berasa dalam hati, "aku lebih baik dari dia"

Itu adalah bibit-bibit KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN dalam diri yang kadangkala kita tak sedar ia mula bercambah. Nauzubillah... Neraka jahannamlah tempat orang-orang yang sombong dan angkuh...

Ciri-ciri orang yang perasan bagus adalah: 

1. Menjadi buta dengan kebaikan seseorang oleh kerana hanya satu kesalahan yang dia telah lakukan

2. Biadap dengan orang lain

3. Mudah dihinggapi penyakit angkuh dan sombong

4. Mudah marah (penyakit syaitan) 

5. Emosi mudah terganggu 

6. Susah nak terima pendapat orang lain dan berasa "aku je yang betul"

7. Degil dan bodoh sombong

8. Ego tak bertempat

9. Kurang rasa redha dalam diri

10. Pendendam
  
11. Suka ragu-ragu pada orang lain

12. Kurang bersandarkan pada takdir Allah




P/s: Jom sama-sama muhasabah diri....


Keistimewaan Hari Jumaat

1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:

 Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
 Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
 Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
 Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
 Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” - (HR. Muslim)

2. Penghulu Segala Hari
.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”



3. Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

4. Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
 .
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

5.  Hari Mustajab Berdoa
.
Rasulullah bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.

6. Hari Dihapuskan Dosa
.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

7. Hari Lebih Utama Bersedekah
.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” 

8. Hari Hidayah Daripada Allah SWT
.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Rasulullah SAW menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” - (HR Muslim r.a.)

9. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’
.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” - (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

10. Hari Berlakunya Qiamat
.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Rasulullah Sukakan Wangian

Menggunakan minyak wangi dalam islam sangat dianjurkan. Sebab, ia sebahagian dari usaha menjaga kebersihan dan keindahan. Allah pun sangat suka dengan hal-hal yang berbau harum. Alllah berfirman, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (QS. 2:22)




Ayat ini secara tidak langsung menyuruh kita untuk sentiasa mengekalkan kebersihan diri seperti bau badan daripada peluh, pakaian, dan sebagainya. Minyak wangi adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk kekal wangi dan bersih.

Rasulullah juga pernah bersabda, “Aku diberi kesenangan di dunia ini, iaitu wanita yang halal, harum-haruman, dan kesejukkan mata dalam sembahyang.” (HR. An-Nasa’i)

Baginda sendiri menganggap harum-haruman (minyak wangi) sebagai sesuatu yang menyenagkan, apalagi kita. Oleh sebab itu, hendaklah kita sentiasa mengharumkan diri dengana aroma minyak wangi dan jangan menolak apabila orang lain memberikan kita minyak wangi. “Siapa yang memberi harum-haruman hendaknya jangan menolak, kerana sesungguhnya ia adalah ringan bebannya dan harum baunya,” sabda Nabi seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal, Abu Daud dan an-Nasa’i.

Pada zaman Rasulullah sehingga masa kini, jenis minyak wangi yang paling harum baunya adalah minyak kasturi. Keterangan ini terdapat pada hampir semua hadis, kecuali Al-Bukhari dan Ibnu Majah. 


Haruman Kasturi Aura Rizqin

Namun kita sebagai umat Rasulullah hendaklah mengetahui bahawa Baginda mempunyai tubuh yang bau wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan, “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).

Apa itu Kasturi?

Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman. Kita biasa dengar apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi, ia mudah ditemui pada bait-baik puisi, kisah-kisah romantis, lagu-lagu, epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah kasturi.” - Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy

Kasturi adalah nama asal yang diberikan kepada sejenis bahan yang mempunyai bauan yang harum yang boleh didapati daripada kerandut kijang jantan. Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi, baginda telah diziarahi oleh seekor kijang jantan, lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga, dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum, seharum kasturi.

Pada hari ini, keturunan kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi. Bintil kasturi juga kerap ditemui di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala. Bulu pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.




Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol. Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan yang paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Aura Rizqin Membantu Orang Ramai

Assalamualaikum


LUASKAN AURA MU
SUPAYA DIKASIHI RAMAI ORANG...
PERNIAGAAN BERTAMBAH LARIS...

Bagi sesiapa yang mengalami situasi seperti ini:

- Sukar berurusan dengan orang lain
- Barang tak laris sebab tiada orang pandang
- Takut orang tak suka
- Kurang keyakinan diri
- Jiwa tak tenang
- Mempunyai emosi negatif
- Tekanan /Stress

Semua situasi di atas adalah disebabkan oleh AURA sedia ada yang tidak menyerlah dan MESTI diperbaiki…

Wangian ini daripada minyak Kasturi (Aura Rizqin) yang telah diberi energi dari ayat-ayat suci berikut:
 Ayat Ruqyah dari Al-Quran
 Doa pengasihan
 Doa karisma diri
 Doa pelarisan perniagaan
 Doa perlindungan diri daripada sihir
 Salawat

Dengan izin Allah SWT, di antara khasiat pemakaian wangian ini:
 Disukai dan disenangi oleh orang sekeliling
 Mudah berurusan dengan semua orang
 Jika kita meniaga, pelanggan akan ramai dan produk menjadi laris
 Rasa lebih yakin dan berkarisma
 Penampilan diri makin terserlah
 Jika kita seorang pekerja, bos dan rakan sekerja akan suka dengan kita
 Kawan akan bertambah ramai
 Bagi suami isteri, kasih sayang makin bertambah
 Selamat daripada gangguan sihir


TESTIMONI PENGGUNA DI- SINI


Bukan itu sahaja, minyak Kasturi juga mempunyai khasiat tersendiri, iaitu:
1 Memberi kekuatan pada roh. Haruman adalah santapan roh, manakala KASTURI adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak KASTURI” (Hadis Riwayat Muslim)
2 Menenangkan Jiwa
3 Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4❥ Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5 Menghilangkan debaran jantung
6 Menghilangkan Sesak Nafas
7 Melegakan Lelah (Asma)
8 Menyedarkan orang yang pengsan
9 Memperkuatkan organ luaran tubuh
10 Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11 Menghilangkan rasa gementar
12 Menghilangkan sejuk tubuh
13 Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14 Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15 Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16 menjernihkan mata putih pada mata
17 Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18 Mencegah wabak penyakit
19 Memelihara kesihatan secara keseluruhan



Untuk pertanyaan dan urusan pembelian.
whatsapp/SMS ke 01136531968
♥ COPYRIGHT @ RIZQIN 2015. By Nabila ♥