Kisah Silam Bukan Untuk Diungkit

Manusia ni pelik, masing-masing ada ragam sendiri. Ada yang suka sangat nak tahu hal orang. Ada juga yang ambil serius dengan apa yang orang kata. Tak kurang juga dengan orang yang suka dengki dengan orang. Kenapa perlu dengki sedangkan kita sendiri punya kelebihan masing-masing. Cakap mengenai kisah silam dan masa depan. Orang kata kita harus belajar dari kisah silam, sebab kisah silam merupakan guru yang terbaik. Betul, kita perlu belajar dari kisah silam tapi bukan hidup dengan kisah silam. Kalau kita hidup dengan kisah silam, jawabnya memang tak kemana lah kehidupan kita.



Setiap manusia punya cerita tersendiri, kisah tersendiri. Ada cerita yang sedih dan ada juga yang gembira. Namun ada formula untuk terus maju. Lupakan semua yang pernah berlaku masa dahulu. Contohnya kaki botol yang dah bertaubat tapi masih lagi hidup dalam bayangan masa silam. Jangan pernah sesekali pandang kebelakang kalau kita nak maju ke hadapan. Jika kaki botol ini masih lagi hidup dalam kisah silamnya, pasti dia akan sentiasa mengungkit kesilapannya dahulu. Buat pengetahuan semua, tak ada orang yang nak dengar kisah silam kita yang teruk itu. Orang ramai nak dengar kisah silam kita yang gembira kini.

Sejarah dan kisah silam penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan, tidak lebih daripada itu. Dan juga perumpaan memandu kereta dan cermin sisi tu. Cermin sisi itu ibarat sejarahlah yang perlu kita lihat sesekali ketika memandu. Untuk memastikan pemanduan kita selamat. Tapi kalau dok asyik pandang cermin sisi je tak pandang depan, alamatnya aksidenlah, kan? Jadi, apa perlu di kenangkan kisah silamnya. Jadikan ianya sebagai panduan sahaja.

Untuk apa kita hidup dengan kisah silam yang pahit sekiranya kita boleh dapatkan kehidupan masa depan yang manis. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang ingin bertaubat.

Bagi sesiapa yang suka mengungkit kisah silam orang lain, sedarlah bahawa apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga. Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.
Begitulah juga dengan kita. Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia. Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri. Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia. Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.


1 comment:

syemasaid said...

yup! nice post!! always remember to count our blessings and appreciate what we still have in life.yg lepas tu biarkan ia pergi~~~

♥ COPYRIGHT @ RIZQIN 2015. By Nabila ♥