About

Pusat Rawatan Islam Rizqin

Pusat Rawatan Islam Rizqin merupakan satu pusat yang menyediakan beberapa kaedah dalam ilmu kerohanian seperti ilmu kerezekian, ilmu pendinding diri dan ilmu pengasihan. Selain itu, kami juga menawarkan beberapa khidmat rawatan seperti rawatan gangguan makhluk halus, rawatan pengasihan, rawatan memudahkan jodoh dan sebagainya.   Usaha dan rawatan kami sebagai salah satu penawar untuk penyakit tetapi penyembuh mutlak hanya terletak pada Allah Yang Maha Penyembuh.

Rizqin bermaksud rezeki kurniaan Allah. Umum mengetahui dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini, Allah telah memberi panduan kepada manusia untuk mendapat keberkatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat dengan berpandukan ajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki HALAL yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah.

Objektif utama pusat rawatan ini ditubuhkan adalah sebagai langkah bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk mendalami kaedah rawatan Islam dan sekali gus mereka boleh membantu diri sendiri, keluarga dan seterusnya masyarakat.

Selain itu, Rizqin mempunyai produk sendiri yang terdiri daripada:

- Haruman Minyak Kasturi Aura Kasturi
- Rizqin Habbatussauda
- Telekung Rizqin

❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ ❥ 

Tuan Blog

Assalamualaikum. Saya Nabila, salah seorang staff utama di Pusat Rawatan Islam Rizqin di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Berasal dari Perak dan beumur 24 tahun.

Selain handle official website Rizqin - www.rizqin.my; saya menjadikan blog ini sebagai platform untuk saya meluaskan lagi info mengenai pusat rawatan ini dan kebaikan serta khasiat produk-produknya.

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian, boleh contact direct dengan saya di nombor 0169814796 (Whatsapp/SMS).


♥ COPYRIGHT @ RIZQIN 2015. By Nabila ♥