Hakikatnya... Adakah kita merasa kita lebih baik daripada dia yang hanya melakukan SATU kesalahan kepada kita? Kita tidak berhak merendahkan maruahnya kerana kalau Allah menginginkan dia jadi lebih baik daripada kita, sekelip mata sahaja. Kun Fayakun. Kecualilah memang kesalahan yang besar seperti syirik. Itupun perlu menasihatinya dahulu. Bukan mencacinya dan "berasa aku lebih baik" serta jangan pernah anda berasa dalam hati, "aku lebih baik dari dia"
Itu adalah bibit-bibit KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN dalam diri yang kadangkala kita tak sedar ia mula bercambah. Nauzubillah... Neraka jahannamlah tempat orang-orang yang sombong dan angkuh...
Ciri-ciri orang yang perasan bagus adalah:
1. Menjadi buta dengan kebaikan seseorang oleh kerana hanya satu kesalahan yang dia telah lakukan
2. Biadap dengan orang lain
3. Mudah dihinggapi penyakit angkuh dan sombong
4. Mudah marah (penyakit syaitan)
5. Emosi mudah terganggu
6. Susah nak terima pendapat orang lain dan berasa "aku je yang betul"
7. Degil dan bodoh sombong
8. Ego tak bertempat
9. Kurang rasa redha dalam diri
10. Pendendam
11. Suka ragu-ragu pada orang lain
12. Kurang bersandarkan pada takdir Allah
P/s: Jom sama-sama muhasabah diri....
6 comments:
Betul saya setuju... ada lagi satu, suka mengata orang pun.. huhuhu
moga kita terhindar drpd semua sifat tu..
Mohon la dijauhkan.. kalau boleh nak stay humble in everything we do. in syaa Allah. :D
hopefully we are not one of the list.
Moga dijauhkan :( tapi realitinya mmg kadang2 terkeluar juga sifat2 negatif tu
x bagus ada perangai cengginihh ni. huishh
Post a Comment